Cabaran Pendidikan Secara Atas Talian

by Zuhdi Zuki on January 11, 2021

Pada 10 tahun yang lalu, telefon bimbit dilarang dibawa ke sekolah tetapi pada masa sekarang terdapat segelintir murid membawanya ke dalam sekolah. Mereka juga didapati sentiasa menggunakan telefon bimbit semasa di rumah samada untuk belajar ataupun menghubungi rakan-rakan dan pelbagai lagi. Bahkan, para guru juga sentiasa mengemaskini ilmu teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan peredaran masa.

Disebabkan Covid 19, bukan sahaja pelajaran tertangguh, namun tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma pendidikan yang baharu yang dijalankan di atas talian. Terdapat beberapa cabaran telah dihadapi oleh para guru yang berusia atau guru veteran yang kurang mahir dalam alam teknologi kerana memerlukan masa menyesuaikan diri dengan situasi baharu ini. 

Dengan itu, semua guru perlulah meningkatkan ilmu, keupayaan, kemahiran dan perubahan sikap dalam menerima norma baharu supaya mampu mengajar dengan baik secara atas talian. Malah, ia mempunyai kebaikan kerana mampu menyediakan generasi akan datang dengan revolusi industri 4.0 yang dikatakan lebih kepada generasi digital. Ada sesetengah guru yang sudah menerima perubahan ini dengan mengajar secara talian dengan menggunakan aplikasi seperti youtube, cloud meeting, zoom dan Google meet untuk mengajar. Tahniah!

-advertisement-

LEAVE A COMMENT
BACK TO TOP