Cara Menjaga Kebersihan Diri

by Zuhdi Zuki on January 11, 2021

Menjaga kebersihan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. Salah satu sebab mengapa kebersihan diri itu penting adalah untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik. Terdapat beberapa cara untuk menjaga kebersihan iaitu:

1. Berus gigi selepas makan dan sebelum tidur. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kebersihan gigi serta mengelakkan nafas berbau.

2. Mandi tiga kali sehari. Tujuannya untuk membersihkan kotoran yang melekat pada badan.

3. Basuh tangan dengan pencuci. Tujuannya agar kotoran di tangan tidak merebak ke seluruh badan.

4. Bersihkan kuku selalu. Ini kerana kuku merupakan tempat yang berpotensi tinggi untuk kuman dan bacteria hidup.

5. Cuci kaki selepas keluar rumah. Tujuannya mengelakkan diri daripada kaki berbau.

-advertisement-

LEAVE A COMMENT
BACK TO TOP