Kebaikan Internet

by Zuhdi Zuki on January 11, 2021

1. Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan bayaran dan tanpa had masa.

2. Medium komunikasi seperti Yahoo, Skype amat mudah digunakan serta tidak memerlukan kos yang tinggi.

3. Pengguna Internet dapat menjimatkan masa serta kos-kos lain seperti kos pengangkutan atau kos panggilan.

4. Pengiklanan di internet sangat popular. Malahan ada sesetengah syarikat yang menawarkan perkhidmatan affiliate untuk orang luar menjana pendapatan sampingan.

5. Berita terkini mudah didapati apabila terdapat beberapa laman web yang menyebarkan maklumat yang tepat dan pantas.

6. Pendidikan secara atas talian seperti Google meet, Zoom, YouTube dapat memberi pengetahuan yang luas untuk pelajar.

-advertisement-

LEAVE A COMMENT
BACK TO TOP