Kebaikan Seni Mempertahankan Diri untuk Kanak-Kanak

by Zuhdi Zuki on January 08, 2021

Seni mempertahankan diri merupakan cara terbaik untuk anak anda membina jati diri, di samping meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan mereka.

1. Disiplin. Salah satu prinsip utama dalam mana-mana seni mempertahankan diri tradisional ialah mengajar tentang disiplin, serta cara mengawal diri dan emosi.

2. Keyakinan diri. Jika sebelum ini anak anda merupakan seorang yang pemalu untuk berkawan, menghadiri kelas seni mempertahankan diri membolehkannya bertemu dengan pelajar lain yang mungkin berkongsi minat yang sama. Malah, penglibatannya dalam seni mempertahankan diri mungkin menjadikannya seorang yang berjaya dalam arena tersebut dan bakal dipandang tinggi dalam kalangan atlet lain.

3. Kecergasan fizikal. Ini antara sebab utama mengapa kebanyakan orang mengamalkan seni bela diri. Kanak-kanak diuji tahap kecergasan mereka menerusi latihan-latihan fizikal. Satu lagi perkara yang menarik, kanak-kanak turut dapat membina ketangkasan koordinasi mata dan tangan mereka menerusi pelbagai pergerakan yang dipelajari seperi 'kata' dan jurus serta bunga.

-advertisement-

LEAVE A COMMENT
BACK TO TOP