Kepentingan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

by Zuhdi Zuki on January 08, 2021

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut. Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Di Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diwujudkan kerana masyarakat terdiri daripada pelbagai bangsa. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan.

Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidkan kebangsaan yang terlihat secara langsung melalui aktiviti sosial seperti sukan, olahraga, kesenian , kerja-kerja kebajikan, gotong royong dan sebagainya.

Bahasa Melayu berkepentingan sebagai bahasa perpaduan kerana ianya menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan. Oleh kerana pihak kerajaan menyedari bahasa Melayu merupakan agen penyatuan rakyat Malaysia, maka beberapa perubahan terhadap sistem pendidikan telah diadakan sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.

-advertisement-

LEAVE A COMMENT
BACK TO TOP