Langkah Menjaga Alam Sekitar

by Zuhdi Zuki on January 08, 2021

1. Menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan hendaklah menguatkuasakan akta dan peraturan dengan lebih ketat iaitu Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dengan mengenakan denda, kompaun, penjara dan lain-lain kepada mana-mana individu atau syarikat yang mencemarkan alam sekitar.

2. Kempen kesedaran. Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar (sekolah, ipta dll) dan masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Kempen boleh dilaksanakan melalui pengedaran risalah, iklan melalui televisyen dan sebagainya.

3. Mengadakan aktiviti gotong-royong. Mengamalkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah, longkang dan sungai. Membersihkan sungai dapat mengatasi masalah pencemaran air kerana apabila air tercemar, hidupan air juga menerima kesan buruk. Air juga digunakan sebagai minuman dan apabila tercemar ia akan mengandungi bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan.

-advertisement-

LEAVE A COMMENT
BACK TO TOP