Penghayatan Rukun Negara

by Zuhdi Zuki on January 08, 2021

Kerajaan bercadang mengembalikan semula mata pelajaran yang berkisar kepada amalan Rukun Negara dalam sistem pendidikan negara seperti yang pernah ada suatu ketika dahulu.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, perkara itu akan diperhalusi melalui penubuhan jawatankuasa teknikal kementeriannya bersama tiga kementerian lain iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Pendidikan.

Pada 9 Julai lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar pendidikan Rukun Negara dijadikan agenda teras kerajaan. Justeru itu, Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara menjadi platform utama kementerian untuk melaksanakan agenda ini.

Sehingga kini, terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara ditubuhkan merangkumi 5,864 sekolah rendah dan menengah kebangsaan manakala 757 lagi adalah dari sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina serta Tamil.

Sejumlah 172 Sekretariat Rukun Negara terdapat di institut pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara yang diharap dapat menyemarakkan lagi kefahaman tentang Rukun Negara menerusi program yang diadakan.

-advertisement-

LEAVE A COMMENT
BACK TO TOP