Tips Melancong Dalam Negara

by Zuhdi Zuki on January 08, 2021

1. Bercuti di waktu luar musim bercuti. Sektor Pelancongan dalam negara ini mempunyai waktu tertentu yang padat di tempat menarik yang anda gemari seperti pada musim cuti sekolah, cuti umum dan musim perayaan. Ini dipanggil waktu puncak atau ‘peak season’. Jika anda pergi melancong ke Cameron Highlands pada masa ini contohnya, anda akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, dan sangat sukar mencari tempat letak kereta.

2. Pilih tempat menarik yang kurang dikunjungi. Banyak tempat menarik di Malaysia yang menawarkan keseronokan tanpa batasan walaupun tempat tersebut kurang dikunjungi ramai, sebagai contoh anda boleh ke Hutan Royal Belum Gerik atau Taman Negara.

3. Periksa waktu yang sesuai untuk melancong. Walaupun di Malaysia mempunyai iklim panas sepanjang tahun, tetapi terdapat juga musim hujan yang akan membatasi perjalanan anda. Di pantai timur misalnya, akan mengalami musim hujan pada bulan November hingga Mac. Pada waktu ini agak kurang sesuai untuk anda berada di tepi pantai kerana angin dan ombak yang kuat akan mengganggu aktiviti riadah anda. Namun pada waktu ini anda boleh memilih bercuti ke pantai barat yang menawarkan berbagai pakej pelancongan yang menarik.

4. Tempah tiket penerbangan pada waktu yang betul. Kadang-kadang apabila anda terlalu ghairah nak pergi melancong, anda terlupa memilih waktu membeli tiket penerbangan yang sesuai. Anda mungkin terpaksa membayar harga tiket kapal terbang yang lebih mahal.

-advertisement-

LEAVE A COMMENT
BACK TO TOP