Tips Pengurusan Masa Untuk Belajar

by Zuhdi Zuki on January 11, 2021

1. Dapatkan tidur yang secukupnya. Untuk dapat tidur yang cukup adalah dengan tidur awal. Sebaiknya tidur antara pukul 10 hingga 12 malam.

2. Tetapkan niat dan matlamat. Setiap hari sebelum hari bermula, tetapkan niat dan matlamat. Apa yang hendak lakukan hari ini, apa yang kena selesaikan hari ini, apa yang boleh dibuat hari ini dan mampu melonjakkan diri untuk menjadi sekurang-kurangnya 1% lebih baik dari semalam.

3. Bangun awal. Cubalah latih diri untuk bangun awal pagi sebaik-baiknya sebelum matahari terbit. Secara tidak langsung melatih diri untuk menjaga solat Subuh.

4. Bersenam. Kalau selalu rasa lemau, letih atau cepat mengantuk, itu maknanya badan kurang bersenam. Buatlah senam yang ringkas dengan  berjalan kaki selama 15 minit. Senaman ini boleh menjaga jantung dan dan menguatkan otot terlibat. Buatlah 3 kali seminggu.

5. Makanlah secara sihat. Pastikan minum air kosong secukupnya dan kurangkan makanan/minuman yang mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi.

6. Buat jadual. Senaraikan semua perkara yang ingin diselesaikan hari ini.

7. Elakan dari segala gangguan. Jauhkan diri dari segala bentuk gangguan seperti handphone dan sosial media. Boleh juga matikan notifikasi aplikasi Facebook, Twitter,Instagram dan Whatsapp group. Supaya dapat fokus dalam masa 1 jam tu.

-advertisement-

LEAVE A COMMENT
BACK TO TOP