Kejayaan Ebit Lew Hasil Sokongan Isterinya

by Zuhdi Zuki on December 27, 2020

Ebit Irawan bin Ibrahim Lew atau Ebit Lew (lahir Lew Yun Pau; 21 Disember 1984) merupakan seorang pendakwah Islam Malaysia berbangsa Cina. Beliau terkenal dengan penampilan berjanggut, berkopiah dan berkurta serta pendekatannya menyantuni masyarakat susah, golongan terpinggir, remaja, dan golongan transgender. Beliau juga dikenali dengan seminar motivasi kekeluargaan miliknya, Keluarga Sunnah dan pemilik rangkaian pasar raya Elewsmart (wikipedia).

Pada 15 Ogos 2020 bertempat di Pusat Kovensyen Antarabangsa (Persada), beliau telah menerima Anugerah Khas Belia Hari Negara 2020. Beliau rasa amat bersyukur kerana dapat memberikan sumbangan kepada orang yang memerlukan. Beliau juga menyifatkan bahawa sumbangannya hanyalah kecil berbanding orang lain.

Kekuatan seorang lelaki bergantung kepada orang yang penting yang sentiasa menyokong iaitu isterinya. Tanggal 10 Ogos 2020 merupakan ulangtahun perkahwinan Ebit liew dan isterinya selama 12 tahun iaitu bermula dari 2008. Seperti sedia maklum, beliau sangat mesra dan begitu romantis dengan isterinya. Ebit liew berkata beliau bersyukur pada Allah kerana menemukan jodoh yang terbaik kepada beliau. Beliau turut menyuarakan bahawa isterinya sering menguatkan semangatnya untuk dirinya membantu masyarakat dalam menjalani kehidupan yang lebih baik. Ebit liew kini mempunyai 4 cahaya mata. Beliau berkata, tanpa isterinya yang digelar sebagai bidadari, beliau tidak tahulah mampu ke tidak untuk berkhidmat kepada insan keliling dan berjuang.

-advertisement-

LEAVE A COMMENT
BACK TO TOP