Kelebihan Membuat Pelaburan Hartanah

by Zuhdi Zuki on October 09, 2021

Hartanah menjadi isu yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Hal ini kerana kebanyakan jutawan terkenal dunia hari ini adalah berpunca daripada hasil pelaburan hartanah yang mereka lakukan. Sebagai contoh seperti Donal Trump, Presiden Amerika Syarikat di mana beliau merupakan pemilik The Trump Organization sejak tahun 1971 lagi dan tonggak utama organisasi ini ialah bidang hartanah.

Jadikah apakah pelaburan hartanah?

                Sebelum kita mengetahui bidang pelaburan hartanah ini, kita mestilah memahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan pelaburan itu sendiri. Jadi, pada asasnya, pelaburan merupakan salah satu cara di mana kita membeli sesuatu benda dengan sejumlah wang yang kita miliki walaupun benda yang dibeli itu tidak diniatkan untuk kegunaan sekarang, namun dengan pemilikannya akan mendatangkan keuntungan kita pada masa akan datang.

                Pelaburan hartanah pula adalah apabila kita membeli satu-satu jenis hartanah khas dan diambil hasil keuntungan daripadanya samada dalam aliran tunai mahupun kenaikan harga hartanah. Jadi, dengan memiliki hartanah ini banyak faedahnya kepada si pembeli. Antara kelebihan dalam membuat pelaburan hartanah adalah seperti berikut:

  1. Terbukti boleh melawan inflasi dalam jangka masa panjang.

                Perkara ini memang tidak boleh dinafikan lagi di mana setiap harga hartanah akan meningkat seiring dengan peningkatan tahun demi tahun jika lokasi hartanah yang dipilih adalah tepat dan strategik.

                Oleh itu, semakin lama kita menyimpan hartanah yang dibeli, semakin lama lah kadar inflasi (nilai harga barang) akan meningkat sama di samping menaikkan nilai hartanah itu pada masa yang sama.

  1. Menikmati pendapatan pasif

                Inilah yang dikatakan salah satu faedah daripada pelaburan hartanah. Walaupun kita sudah maklum bahawa harga hartanah akan meningkat dari masa ke masa, namun daripada dibiarkan tidak berpenghuni lebih baik disewakan kepada orang lain.

                Bayangkanlah, jika anda menyewakan hartanah anda sebanyak RM 500 pada setiap bulan. Malahan anda mempunyai lebih daripada satu hartanah untuk disewakan. Sudah tentu pendapatan pasif yang boleh anda dapat lebih kurang bersamaan dengan gaji bulanan untuk kerja tetap anda! Jadi bukankah ia menguntungkan?

  1. Boleh dijadikan cagaran untuk Emergency Case

                Sekiranya anda mengalami masalah kewangan di mana anda dikehendaki untuk meminjam wang daripada pihak bank, ia merupakan satu perkara yang rumit dan bukan setiap permohonan yang diluluskan oleh pihak bank. Namun, dengan memiliki hartanah milik anda sendiri, ia boleh dicagarkan atau digadai untuk anda membuat pinjaman di bank.

                Hal ini akan memudahkan lagi urusan anda kerana jaminan untuk mendapatkan kelulusan bank itu amatlah tinggi apabila anda sudahpun memiliki hartanah yang banyak.

  1. Guna–pakai pada pelaburan anda

                Inilah perbezaan apabila anda membuat pelaburan hartanah dengan pelaburan emas ataupun saham. Selain mengaut keuntungan daripadanya, anda juga merupakan tuan rumah di mana anda boleh tinggal dan menetap di dalamnya pada bila–bila masa sahaja yang anda perlukan.

                Terbukti di sini betapa berharganya untuk seseorang memiliki hartanah ini.

  1. Dengan kos minima, anda mendapat nilai maksima

                Apabila anda ingin membeli sebuah hartanah, selalunya ia akan mencecah nilai ratusan ribu ringgit. Namun, bukannya duit anda yang dikeluarkan untuk bayaran kesemuanya. Ini kerana anda hanya akan membayar sejumlah wang pendahuluan, iaitu sebanyak 10% daripada harga asal rumah, manakala selebihnya, anda perlu memohon pinjaman daripada pihak bank.

                Memanglah apabila kita meminjam, kita juga yang perlu membayarnya semula tapi ingat! Kita boleh menyewakannya. Dengan itu, hasil pendapatan pasif tersebut boleh digunakan untuk melangsaikan hutang yang dibuat dengan pihak bank. Jadi, bertitik tolakkan perkara ini, hutang kita orang lain yang bayarkan sedangkan kita pula menikmati keuntungan hartanah dari masa ke masa.

  1. Meningkatkan nilai hartanah

                Selain daripada kelebihannya dalam memberikan hasil pendapatan pasif, ia juga boleh ditingkatkan nilai hartanahnya dengan menaiktaraf sesebuah hartanah itu. Pelbagai naik taraf yang boleh anda lakukan seperti mengecat semula dinding–dinding rumah, memasang kabinet, mencantikkan laman, menambah aksesori dan keperluan untuk pengguna dan sebagainya.

                Setelah itu, nilai hartanah kita anak meningkat dengan mendadak seakan–akan kualitinya meningkat setelah dinaiktarafkan oleh si pemilik hartanah tersebut. Malahan, apabila hendak dijual akan hartanah tersebut pada masa akan datang, harganya boleh mencecah jauh lagi tinggi daripada sekarang.

  1. Jaminan hidup di masa akan datang

                Cuba fikir sejenak, berapa ramai masyarakat kita di luar sana yang masih bersusah payah membayar sewa bulanan untuk rumah yang didudukinya. Malahan ia bertambah sukar apabila sampai waktu kita diuji dengan ketidakstabilan kewangan sampaikan untuk bayar sewa bulanan pun tidak mampu sedangkan banyak lagi bayaran lain yang perlu ditanggung. Misalnya seperti bayaran yuran pendidikan anak–anak, perbelanjaan seharian dan seumpamanya.

                Maka dengan memiliki hartanah milik kita sendiri, semua perkara menjadi muda dengan izin Tuhan. Segala kawalan pemilikan hartanah terletak di tangan kita dan dari sinilah kita boleh membina kehidupan keluarga yang lebih tenang dan stabil.

Share via

LEAVE A COMMENT

Please note, comments must be approved before they are published


-advertisement-

BACK TO TOP