Sejarah Perlu Seiring Dengan Teknologi Supaya 'Sampai' Kepada Masyarakat

by Zuhdi Zuki on October 09, 2021

Menyedari pentingnya sejarah dalam pembentukan sesebuah negara, sejarah perlu sentiasa diceritakan agak masyarakat tidak sesekali lupa untuk menghargai pengorbanan mereka sebelum ini. Tanggal 31 Ogos 1957 kemerdekaan telah kita kecapi. Tawa, tangisan, perit-jerih hadir silih berganti dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Namun sayangnya, tidak ramai menghargainya apatah lagi memahami mahupun mengingati sejarah negara.Jari pantas menuding kepada sistem pendidikan negara kerana lazimnya, penghayatan sejarah pastinya bertitik-tolak daripada pendidikan yang kemudiannya menghadirkan kesedaran dan kecintaan dalam jiwa setiap rakyat.

Bagi Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Dr Mohd Samsudin, sistem pendidikan negara perlu mengekalkan sistem sedia ada namun disuntik dengan pembaharuan yang memanfaatkan perkembangan teknologi. Selain daripada ada asas sistem lama, kita harus pergi ke arah lebih bagus seperti penggunaan IT. kita ni bukan kurang tenaga pakar untuk melahirakan satu hasil pendidikan yang baik, kita harus gemblengkan.

Menyedari pentingnya sejarah dalam pembentukan sesebuah negara, sejarah perlu sentiasa diceritakan agak masyarakat tidak sesekali lupa untuk menghargainya.

    Tambahnya, masyarakat kini banyak menghabiskan masa menggunakan telefon pintar dan jika sejarah diajar melalui medium tersebut, pastinya ia lebih mudah untuk sampai kepada mereka.

 

“Teknologi sangat signifikan dengan pendidikan. Sebab itu kalau kita lihat negara kita atau negara luar melabur dana yang besar untuk pendidikan dan kemajuan teknologi.

 Pemimpin terdahulu telah meninggalkan legasi yang perlu diteruskan pada masa depan demi Malaysia yang bersatu padu dan harmoni.

“Apa yang ada pada hari ini adalah usaha teliti oleh pemimpin dulu. Hari ini kita harus manfaatkan usaha yang orang dah buat dan kita bantu untuk kukuhkannya

Jelasnya, negara lain yang sudah beratus tahun merdeka turut menghadapi masalah dan terpulang kepada rakyat negara itu sendiri untuk memulihkannya.

“Dalam sejarah, proses sejarah negara itu ia akan melalui saat-saat di mana ia memerlukan beberapa perubahan yang akan berlaku.

“Bagi negara kita, kita harus menyelesaikan dalam bentuk terbaik. Pemimpin-pemimpin lama kita meninggalkan legasi perundangan dan muafakat, itulah yang paling penting,”.  "

Share via

LEAVE A COMMENT

Please note, comments must be approved before they are published


-advertisement-

BACK TO TOP