Hari Malaysia | 16 September 2021

by Zuhdi Zuki on September 16, 2021

Hari Malaysia merupakan ulang tahun penubuhan negara Malaysia yang turut disertai oleh Sabah, Sarawak dan Singapura pada tanggal 16 September 1963. Walaubagaimanapun Singapura membentuk negaranya sendiri selepas keluar dari Negara Malaysia pada 9 Ogos 1965. 

Pada awal rancangan penubuhan Negara Malaysia, terdapat tentangan hebat oleh Filipina dan Indonesia atas sebab-sebab tertentu. Namun, rancangan ini berjaya selepas perbincangan menyeluruh dari semua pihak. 

Hanya pada tahun 2010, Hari Malaysia dikira sebagai cuti umum selepas kerajaan membuat keputusan ini. Pada ketika itu, kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Najib Abdul Razak telah berbincang pada sidang parlimen.

Saban tahun, sambutan hari Malaysia sentiasa diadakan. Namun, pada kali ini sambutan terpaksa ditangguhkan kerana virus COVID-19. Pada tahun ini 2021 sambutan akan diadakan secara maya sahaja.

Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah sentiasa menjaga perpaduan yang telah terjalin sekian lama. Rakyat  Malaysia pasti berasa gembira kerana kerjasama antara kaum telah menjadikan Malaysia semakin maju ke depan.

Selamat Hari Malaysia.

Share via

LEAVE A COMMENT

Please note, comments must be approved before they are published


-advertisement-

BACK TO TOP