Faedah Bersukan

by Zuhdi Zuki on January 08, 2021

Kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan. Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita berekreasi seperti berbasikal, bermain badminton dan sebagainya, badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang yang bermanfaat. Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang. Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam masalah sosial.

-advertisement-

Share via

LEAVE A COMMENT

Please note, comments must be approved before they are published


-advertisement-

BACK TO TOP