Faedah-Faedah Belajar Komputer

by Zuhdi Zuki on January 11, 2021

Komputer amat penting pada masa kini kerana banyak perkara terpaksa dilakukan dengan menggunakan komputer. Oleh sebab itu, wajarlah murid-murid berusaha menguasai ilmu teknologi dan maklumat sejak dari sekolah rendah lagi bagi membantu mereka dalam pembelajaran.

Antara faedah mempelajari komputer ialah memudahkan kita memperoleh pelbagai maklumat yang dikehendaki. Kita boleh mencari pelbagai maklumat melalui komputer dengan melayari internet.

Selain itu, komputer juga membolehkan kita belajar dengan menggunakan perisian tertentu atau secara atas talian. Ini memudahkan pelajar memahami pelajaran dan menambahkan minat mereka untuk terus mengikuti pelajaran.

Kesimpulannya, mempelajari komputer mempunyai banyak faedahnya. Tambahan pula, pada masa ini banyak perkara perlu dilakukan dengan menggunakan komputer. Oleh itu, tanamkan sikap ingin mempelajari komputer agar kita tidak ketinggalan dalam arus permodenan.

-advertisement-

Share via

LEAVE A COMMENT

Please note, comments must be approved before they are published


-advertisement-

BACK TO TOP