Badiuzzaman Said Nursi
Badiuzzaman Said Nursi
Badiuzzaman Said Nursi
Badiuzzaman Said Nursi
Sold Out
  • SKU:
  • Availability: Out of stock

Badiuzzaman Said Nursi

RM27.00 MYR
Shipping calculated at checkout.
  • Vendor: bc
  • Product Type: Buku
  • Barcode: 9789674080310
DESCRIPTION

Sinopsis

Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama "Nurs", di timur Anatolia. Nama "Nursi" ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya.

Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru, kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama). Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan.

Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badiuzzaman (Kekaguman Zaman).

 

REVIEW

Baiduzzaman Said Nursi adalah ikon pejuang Islam di Turki. Beliau hidup sezaman dengan manusia yang paling zalim yang pernah wujud di bumi Turki, iaitu Mustafa Kamal Attaturk. Sama seperti perjuangan Mahatma Gandhi di India, beliau tidak memimpin angkatan perang bersenjata, tetapi menaburkan peluru hikmah yang menghidupkan jiwa umat Islam. Kata-katanya lebih tajam daripada pedang, lebih ditakuti dan digeruni oleh musuh Islam berbanding senjata moden.

Badiuzzaman adalah nama gelarannya yang bermaksud keagungan zaman. Beliau adalah tokoh pemikir Turki, sarjana ilmu agama, dan pejuang yang berani. Ketokohan beliau sentiasa terserlah walaupun seluruh Turki diselubungi oleh kegelapan dan kezaliman Attaturk. Sejak kecil lagi beliau didedahkan dengan perbincangan ilmiah para ulama yang diadakan di rumah ayahnya. Daya ingatan beliau sungguh kuat dan mampu menghafal Al-Quran dalam tempoh kurang satu bulan.

Pengaruh beliau tersebar ke seluruh Turki dan pengikutnya semakin bertambah. Kelantangan suara beliau menggentarkan musuh. Akibatnya, beliau dihumbankan ke dalam penjara. Namun, penjara adalah universiti yang penuh hikmah dan paling disukai oleh para pejuang. Dalam penjara, beliau mampu menulis pelbagai kitab. Seruan perjuangan dan tulisan ilmu beliau berjaya diseludup keluar dari penjara. Tulisan beliau yang paling terkenal dan paling berpengaruh adalah Risalah An-Nur.

Pada akhir hayatnya, beliau diasingkan dan dicampak ke pulau yang terpencil. Namun, semangat dan ilmu beliau sentiasa bersama rakyat Turki kerana risalah perjuangannya masih berjaya disebarkan secara sulit. Sehingga kini, walaupun selepas kematiannya, beliau tetap hidup dalam hati rakyat Turki. Sebahagian daripada kisah hidup dan perjuangan beliau diabadikan dalam buku ini untuk rujukan kita semua.

 

 ==============================

Format: Paperback

ISBN-13: 978-967-408-031-0

Tarikh Terbit: 1 May 2012

Jumlah Muka Surat : 480

Berat(kg): 0.5

==============================

ADDITIONAL INFORMATION
Color: Blue, Purple, White
Size: 20, 24
Material: 100% Polyester
REVIEWS

Share via

RECENTLY VIEWED PRODUCTS

BACK TO TOP