Dari Makkah Ke Penjara Kajang
Dari Makkah Ke Penjara Kajang
Dari Makkah Ke Penjara Kajang
Sold Out
  • SKU:
  • Availability: Out of stock

Dari Makkah Ke Penjara Kajang

RM35.00 MYR
Shipping calculated at checkout.
  • Vendor: bc
  • Product Type: Buku
  • Barcode: 9789671538227
DESCRIPTION
 
Penulis :  Zanuddin Salleh
 
Haji Zanuddin Salleh atau sebelum ini dikenali sebagai dengan nama pena Obey-One dan kini dikenali dengan nama HJ. OB telah mula berjinak dengan dunia penulisan sejak tahun 1995 lagi. Kebanyakan tulisan beliau adalah berkisar kepada kemasyarakatan, agama, dan alam permotoran sebelum beralih kepada penulisan politik tanah air.
 
Beliau sangat meminati dunia persilatan dan terlibat sepenuhnya dalam dunia persilatan bermula ketika berumur 17 tahun sehingga kini dan masih aktif di dalam pertubuhan persilatan serta beberapa pergerakan NGO Melayu yang menjadikan dirinya begitu kuat berpegang kepada semangat juang orang Melayu atas nama Agama, Bangsa, dan Tanah AIr ( Aa Ba Ta). Beliau memilih perjuangan parti UMNO sebagai landasan politik beliau dari tahun1981 hingga hari ini.
 
Naskah ' Dari Makkah Ke Penjara Kajang' ini adalah himpunan penulisan pengalaman beliau yang pertama di bukukan di mana sebelum ini setiap hasil tulisan beliau sekadar disiarkan di portal berita, laman web atau blog.
 
Berlatar belakang dari Kejuruteraan Automotif beliau beralih kepada penulisan politik, dan kerana penulisan politiklah yang telah membawa dirinya ke Penjara Kajang gara-gara penulisannya yang tidak membatasi keluhuran undang-undang.
 
==========================
 
Sinopsis ' Dari Makkah Ke Penjara Kajang'
 
Pada asalnya aku sudah mahu melupakan apa yang telah berlaku sebaik keluar dari Penjara Kajang seolah aku tidak mahu lagi menoleh kebelakang, namun desakkan rohaniah yang mendorong aku untuk menghadap komputer dan mula menulis segala pengalaman yang akau lalui selama 28 hari di Penjara Kajang.
 
Walaupun ianya telah berlalu dan hanya menjadi sejarah di dalam hidup, namun ada sesuatu yang aku pelajari dan perkara ini perlu dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain juga kepada orang ramai agar mereka dapat merasakai titik bengik menjadi seorang banduan yang bukan terlibat dengan jenayah membunuh, merogol, atau terlibat dengan pecah amanah atau rasuah.
 
" Liku-liku yang dilalui oleh saudara Zanuddin Salleh sangat hebat, namun susah payah yang dilaluinya semasa di dalam penjara ditempuh dengan penuh semangat dan kekuatan dengan ingatan yang kuat terhadap Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Saya yakin bahawa naskah pengkisahan Dari Makkah ke Penjara Kajang ini mampu mengocak hati pembaca, bahawa dalam menyatakan rasa hati ada kalanya kita akan mudah membuat kesilapan tanpa kita sedar. Bagi saya naskhah Dari Makkah ke Penjara Kajang adalah naskhah yang perlu dibaca dan dimiliki. Percayalah, ia ada kelainan " dipetik daripada : YBhg Datuk Akmar Hisham Bin Mohd Yusof @ Mokhles, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri.

==============================

Format: Kulit Nipis
ISBN-13: 978-967-15382-2-7
Tarikh Terbit:  2017
Jumlah Muka Surat: 142

Berat (Kg): 0.261 kg
Penulis: Zanuddin Salleh
===========================
ADDITIONAL INFORMATION
Color: Blue, Purple, White
Size: 20, 24
Material: 100% Polyester
REVIEWS

Share via

RECENTLY VIEWED PRODUCTS

BACK TO TOP